Selasa, 27 Oktober 2015

IKAN SEPAT SIAM


Ikan sepat siam atau nama saintifiknya Trichopodus pectoralis  mudah ditemui di perairan dalam Malaysia. Pergi sahaja ke sungai, paya, parit, kolam atau lombong akan menemui ikan sepat siam. Ada orang memancing ikan sepat siam dengan menggunakan umpan lumut. Ikan yang lemak ni memang sedap digoreng segar, dikeringkan atau dipekasamkan sahaja. Sepat siam merupakan keluarga sepat yang besar berbanding sepat ronggeng. Semasa kecil aku selalu tangguk ikan sepat siap dalam parit. Kekadang penggunaan tangkul dan bubu mata punai berumpan ubi masam lebih senang nak tangkap sepat siam.


warna dan bentuk sepat siam


habitat sepat siam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan