lundu atau kenyeng atau keting |
Dikampung aku orang tak panggil ikan ni ikan lundu tetapi dipanggil ikan kenyeng. Mungkin dipanggil kenyeng apabila ikan ni mengeluarkan bunyi seperti nyeng. nyeng..nyeng.. apabila naik atas darat. Namun dalam istilah saintifik ikan ni di sebut Mystus nigriceps satu keluarga dengan ikan baung.
Mudah didapati dikawasan parit berarus serta berwarna kuning kekuningan. Selain dalam parit ikan ini juga terdapat dalam sungai, lombong, kolam dan paya. Kalau tidak diamati dengan teliti kita tentu menyangka ikan lundu atau kenyeng ni ikan baung akar kerana bentuknya hampir seakan cuma misai ikan lundu lebih panjang dan badan lebih kurus
Tiada ulasan:
Catat Ulasan