Ahad, 2 Februari 2014

IKAN BELIDA BINTIK

Ikan belida bintik (Chitala Chitala) atau feather back adalah sekeluarga dengan belida (notopterus notopterus)  . Belida  merupakan ikan yang cantik dan unik kerana bentuk badannya yang nipis dan melengkung seperti sabit. maka tidak hairanlah jika ada orang memelihara ikan belida sebagai ikan hiasan terutama ikan belida bintik.
Ikan belida bintik kebiasaannya tinggal di lombong-lombong, tasik-tasik atau sungai yang luas dan dalam. Ikan belida bersifat nokturnal yang aktif pada waktu malam. Diet utama ikan belida ialah udang kecil dan anak ikan. Ikan belida terkenal di kalangan kaki pancing kerana kekuatan ikan ini melawan. Bagaimanapun isi ikan susah nak di makan kerana ada banyak tulang.
Kekadang kita boleh perasan kehadiran belida dalam tasik atau lombong berdasarkan percikan air yang melurus tinggi satu arah semasa ikan ini mengambur di atas permukaan air.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan