Jumaat, 18 Mac 2016

IKAN TILAPIA MERAH

Ikan Tilapia merupakan nama umum bagi hampir seratus spesies ikan cichlid dari puak biologi tilapiine cichlid. Tilapia mendiami pelbagai kawasan air tawar dan, sekali-sekala, habitat air payau bermula dari alur anak sungai kecil dan kolam sehingga sungai,tasik, dan muara. Kebanyakan ikan tilapia merupakan haiwan maserba dengan kecenderungan pada bagi tumbuhan rumpair lembut 
Ikan tilapia merah juga dikenali dengan nama saintifiknya oreochromis niloticus memang mudah membiak dan tahan serangan penyakit menjadikan ikan ini mudah diterima oleh rakyat Malaysia untuk dijadikan ternakan komersial.
 
ikan tilapia merah laris dipasaran

pelbagai menu tilapia merah

IKAN TILAPIA BUNGA

Ikan tilapia merupakan ikan sejenis dengan chilid memang sudah dikenali ramai. Ikan yang berasal dari Afrika ini dibawa masuk dengan sengaja untuk tujuan kormesial telah merebak ke seluruh kawasan berair dalam negara. Samada parit, sungai, paya,kolam, lombong dan muara sudah didominasi dengan ikan tilapia. Ada beberapa jenis tilapia yang terdapat diperairan kita iaitu
i. tilapia bunga (Oreochromis mossambicus).
ii.tilapia merah (Oreochromis niloticus)

kalau dalam rujukan ada juga terdapat tilapia biru dan yang ini aku tak pasti jadi aku tak tulis.
Tilapia bunga atau  (Oreochromis mossambicus) juga dikenali tilapia hitam dibawa masuk dari sungai Nil Afrika.

tilapia bunga juga turut dipelihara dalam kolam

tilapia sudah menjadi menu utama rakyat Malaysia

Selasa, 10 November 2015

IKAN SELUANG BADA



Aku memang tak pasti ikan seluang bada atau Rasbora daniconius jenis yang mana. Cari punya cari akhirnya dapat juga gambar ikan seluang bada. Rasanya aku tak pasti tentang ikan seluang ni samada aku pernah lihat atau tidak. Tapi rasanya macam ikan seluang bunga air.
Antara petikan : Ikan Seluang Bada mempunyai badan yang tirus bulat. Ia merupakan ikan yang mendiami kawasan permukaan air. Ikan Seluang Bada biasanya bergerak dalam kumpulan.

tanda bintik pengenalan

habitat seluang

bermain di atas arus

IKAN KARIN ATAU IKAN LAGA

garang
Semasa aku kecil inilah aktiviti aku semasa musim cuti sekolah kalau tak melastik melastik burung iaitu mencari ikan karin. Ikan yang membiuna buih dalam lopak-lopak air mudah dikesan dengan kehadiran buih bawah daun atau dalam lubang lopak. Itu nama panggilan orang kedah tapi kalau kat tempat panggil ikan laga kot? Kalau dulu ikan karin yang kami cari berwarna hitam dan ekor bul;at berwarna-warni. Apabila dicampur dua ekor sekali ikan karin akan berlawan sampai ada yang kalah. Ikan yang kalah akan berubah serta merta menjadi pucat. Tapi sekarang ikan karin terkenal dengan ikan hiasan yang cantik. Dengan kemasukan ikan karin dari luar aku sendiri pun dah tak pasti mana satu ikan karin tempatan. Yang aku tahu sekarang ikan karin ni dibezakan mengikut bentuk dan warna ekor. Yang tu aku memang tak tahu kerana aku bukan peminat ikan karin lagi.

ni ikan cari yang aku main dulu
tak tahu jenis apa tapi cantik

cantik

memang kiut

menawan

yang ni ada nama

pelik

tapi benar

IKAN KEDAK

cantik
Mungkin ramai yang dah tak berapa kenal ikan kedak. Semasa aku masih kecil, ikan ni memang banyak dalam perigi buta, paya yang berhutan malah dalam parit yang jernih.Selain tu mudah ditemui dalam jeram. Ikan kedak atau chana gachua sekeluarga dengan haruan dan rupa pun seakan haruan cuma ekor kedak berwarna warni. Ikan kedak suka air yang jernih dan kadang-kadang boleh ditemui dalam lopak air yang jauh dari saliran. Mengikut cerita orang tua, ada ikan kedak ditemui celah dahan pokok yang berlubang. Entah benar atau tidak aku sendiri tidak pasti kerana aku belum jumpa ikan ni dalam lubang pokok tetapi ikan ni memang jenis menjalar atas darat semasa hujan.

kata orang tua aku ikan ni mabuk.. betul ke?


lebih berwarna jika air jernih


IKAN SELAT

Ikan ni aku panggil ikan selat. Masa kecik dulu aku selalu dapat ikan ni semasa memancing dalam parit dan paya. Aku pun tak pasti apa beza ikan ikan selat dan belida. Setahu aku ikan ni memang berbeza dari segi saiz. Mungkin ikan yang sama tetapi saiz sahaja yang berbeza. Mungkin ada sesiapa yang dapat bagi penerangan supaya aku dapat betulkan info di atas. Terima kasih.

IKAN SELUANG BATANG

jalur gelap di tengah

Aku sendiri tak pasti ada berapa jenis seluang. Aku akan cuba dapatkan seberapa banyak yang boleh supaya senang nak buat rujukan. 'Seluang batang' aku sendiri baru tau seluang ada banyak jenis. Aku bedal saja semua ikan kecik macam seluang aku panggil seluang saja. Seluang Batang atau red tail rasbora atau namja saintifiknya rasbora borapetensis memang mudah dikenali dan mudah didapati. Mana ceruk sungai atau kali serta parit ada ikan seluang. Aku memang suka ikan seluang ni dijadikan umpan mancing ikan baung besar. Warna sisiknya yang berkilat dan panjang memang akan mangsa kepada ikan-ikan lain.
jalur yang dah pudar