Selasa, 4 Februari 2014

IKAN BUJUK

bujuk dewasa (atas) dan anak (bawah)
Ikan bujuk  atau forest snakehead (channa Lucius)memang sekeluarga dengan ikan kepala ular seperti haruan. Malah diet bujuk dengan haruan juga sama. Ikan bujuk sedikit pendek berbanding ikan haruan dan berbadan lebih gempai. Kepala ikan bujuk agak runcing berbanding kepala haruan serta badan bujuk lebih cantik dengan corak batik di badan. Habitat ikan bujuk lebih tertumpu kepada paya bereba atau alur sungai yang mempunyai ph yang rendah. Rasa daging bujuk agak manis dan sedap.
Ikan bujuk yang bersifat karnivor ini suka berselindung di sebalik rumpai atau batang kayu. Umpan yang sesuai memancing bujuk ialah casting umpan katak hidup. Jika kawasan reba yang di buka akan memberi lebih peluang sambaran bujuk berbanding kawasan yang sudah cerah semula jadi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan