Ahad, 2 Februari 2014

IKAN BELIDA

tak berbintik
Ikan belida atau feather back (notopterus notopterus) adalah sekeluarga dengan belida bintik (Chitala Chitala). Belida  merupakan ikan yang cantik dan unik kerana bentuk badannya yang nipis dan melengkung seperti sabit. maka tidak hairanlah jika ada orang memelihara ikan belida sebagai ikan hiasan terutama ikan belida bintik.
Ikan belida kebiasaannya tinggal di lombong-lombong, tasik-tasik atau sungai yang luas dan dalam. Ikan belida bersifat nokturnal yang aktif pada waktu malam. Diet utama ikan belida ialah udang kecil dan anak ikan. Ikan belida terkenal di kalangan kaki pancing kerana kekuatan ikan ini melawan. Bagaimanapun isi ikan susah nak di makan kerana ada banyak tulang.
Kekadang kita boleh mengesan kehadiran ikan belida berdasarkan percikan air semasa ikan ini mengambur di atas permukaan air. Aku memang tak berapa pasti apa beza belida di atas dengan belida bintik di bawah.
berbintik

2 ulasan:

  1. Salam dari Tanjong Karang, Selangor... Ketika kecil sya suka memancing ikan di parit-parit yg ada berdekatan dgn rumah dan pernah dapat ikan belida ni iaitu di KG Sungai Gulang-Gulang... Tak silap sya pada tahun 2003 masa tu.. pada 2021 memang susah dah nak dapat lagi belida dekat area tu .. tetapi 3.5km dari rumah terdapat sawah padi dan di situ masih ada lagi habitat ikan belida kerana sumber air utk uruskan sawah padi berasal dari sungai Ban Canal... Di Sungai tersebut amat popular dgn aktiviti memancing utk penggemar ikan air tawar... Sekian

    BalasPadam