Selasa, 4 Februari 2014

IKAN TENGAS

Tengas atau nama Inggerisnya Copper Mahseer (Neolissochilus hexagonolepis) ialah ikan yang tidak asing di sungai berarus deras dan berbatu di kawasan pergunungan kerana ikan ini memerlukan habitat air yang beroksigen tinggi.Bentuk badannya yang seperti selinder dan panjang membolehkan ikan ini membelah arus yang deras di sungai dan jeram di sungai pergunungan.
Mungkin agak susah kita nak membezakan antara tengas dan kelah kecuali kita perhatikan betul-betul di mana ikan tengas tidak mempunyai cuping median bibir yang tebal seperti ikan kelah pada bahagian mandibel atau rahang bawah Ikan kelah.
Umpan yang sesuai memancing tengas ialah umpan sawit peram, cacing, buah neram, buah ara. Selain itu, teknik mengilat tengas di sungai pergunungan juga boleh di praktikan.

perbezaan tengas dan kelah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan