|
cantik |
Mungkin ramai yang dah tak berapa kenal ikan kedak. Semasa aku masih kecil, ikan ni memang banyak dalam perigi buta, paya yang berhutan malah dalam parit yang jernih.Selain tu mudah ditemui dalam jeram. Ikan kedak atau chana gachua sekeluarga dengan haruan dan rupa pun seakan haruan cuma ekor kedak berwarna warni. Ikan kedak suka air yang jernih dan kadang-kadang boleh ditemui dalam lopak air yang jauh dari saliran. Mengikut cerita orang tua, ada ikan kedak ditemui celah dahan pokok yang berlubang. Entah benar atau tidak aku sendiri tidak pasti kerana aku belum jumpa ikan ni dalam lubang pokok tetapi ikan ni memang jenis menjalar atas darat semasa hujan.
|
kata orang tua aku ikan ni mabuk.. betul ke? |
|
lebih berwarna jika air jernih |
Betul,kedak ni mcm ikan belacak kalau di atas darat..habitat nya paya dalam hutan..zaman sekarang susah nk jumpa..ikan ni x besar mcm haruan biasa,paling besar 1 kaki panjang..masa kecik dulu biasa tangkap jual kt kedai akuarium,sekor rm20 kedai ambil..zaman awal 90an ikan ni masih ada tapi sayang tempat tu dah dibangunkan..
BalasPadamDulu dkt kmpg byk..tp skrg
BalasPadamdah x ada..
Tahun 90an dulu selalu jumpa kat dalam telaga arwah tok wan aku, badan cantik berwarna warni.Mungkin dia lompat masuk dari sawah padi berhampiran telaga tu. Dia suka tinggal kat tempat air jernih.
BalasPadamMacam belangkas pon ada
BalasPadamSudah making kurang
BalasPadamSekarang ikan ni DH viral banyak je org dah Biak Kan ikan ni Dan Lepas balik ke habitat asal
Padam