|
terbul dalam akuarium |
Ikan terbul atau nama saintifiknya nama Osteochilus hasselti banyak mendiami sungai, lombong, kolam dan parit di negara kita. Ikan yang suka tinggal dikawasan berarus deras ini juga boleh dipancing dengan menggunakan mata kail yang halus.
Semasa aku kecil selalu mengikut ayah pergi menangkap ikan terbul dengan menggunakan jaring. Pada musim hujan, ikan terul bersama ikan daun pucuk pisang mudik ke hulu menuju kawasan bertelur. Ikan betina yang hendak bertelur akan menghampaskan badan pada akar dan kayu untuk mengeluarkan telur. Semasa ikan ini mengempas akan kedengaran riuh bunyi kocakan air di celah-celah akar dalam air.
|
terbul untuk dipekasamkan |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan