lakaran toman |
Ikan toman atau giant snakefish (Channa Micropeltes) ialah ikan yang tidak asing lagi bagi kaki ngilat. Ikan toman yang merupakan ikan kebanggaan negara kita tetapi terdapat juga golongan yang berfikiran terkebelakang menganggap ikan toman sebagai ikan pemusnah. Kehebatan toman dengan sifat ganas dan kehebatan henjutannya menjadi kegilaan kaki pancing yang sanggup meleburkan ratusan duit ringgit kerana memburu toman. Penggunaan gewang yang berwarna garang seperti merah dan putih mampu menjerat toman. Selain itu penggunaan umpan isi ikan seperti isi ikan sebarau dan tilan menjadi umpan utama toman tasik kenyir.
Ikan toman sangat sensitif dan sangat bersifat kewilayahan sangat agresif terutama semasa musim pembiakan. Ikan toman mudah ditemui ditasik-tasik besar atau bekas-bekas lombong. Sebagai rakyat Malaysia, kita patut mengangkat ikan toman sebagai ikan game fish.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan