Selasa, 27 Oktober 2015

IKAN PATUNG


bulat dan pipih
'Ikan Patung (Malayan Leaf Fish) atau nama saintifiknya Pristolepis fasciatus. Ikan patung memang banyak kalu disebelah utara. Aku selalu memancing ikan ni di parit atau paya. Ada juga yang hampir seberat 1 kg. Ikan yang seakan ikan puyu atau betuk tetapi badannya lebih pipih dan bulat. Ada juga yang panggil ikan puyu kapak tapi tak pasti negeri mana yang panggil dengan nama tersebut.
Warna ikan patung hijau kekuningan tetapi berubah mengikut arus dan juga kejernihan air. Ikan patung jenis banyak tulang dan perlu hati-hati semasa mencubit isi ikan ini.Disesetengah tempat orang panggil ikan patung ni ikan kepar atau kepor tetapi kat tempat aku ikan kepar lain pula bentuknya. 

kat kampung aku di baling saiz lebih besar

4 ulasan:

  1. Masa kecik dulu tempat saya ikan ini dikenali ikan perit

    BalasPadam
  2. Masa kecik dulu tempat saya ikan ini dikenali ikan perit

    BalasPadam