Selasa, 14 Februari 2012

IKAN AIR TAWAR MALAYSIA

aktiviti menggagau ikan air tawar dalam parit
Dulu2 aku tak beberapa ambil kisah pasal nama2 ikan terutama ikan air tawar. Walaupun aku tak berapa ambil kisah tetapi sememangnya aku dah kenal banyak jenis ikan air tawar kerana aku dilahirkan di kampung selain itu aku juga pemancing di kolam, tasik dan sungai. setelah aku pergi kursus, timbul kesedaran aku untuk mengumpul data2 jenis ikan di Malaysia memandangkan banyak spisis ikan air tawar di malaysia berada di ambang kepupusan. Selain itu, ramai pemancing2 dan juga rakyat malaysia tidak mengenali jenis2 spisis tempatan lagi memandangkan banyak spisis dari luar yang berkampung di negara kita seperti keli afrika, tongsan, rohu dan sebagainya. mungkin sedikit penulisan dari aku ini boleh dikongsi dengan semua. Selain itu, aku juga memerlukan maklumat2 dari pelbagai tempat kerana nama ikan juga berbeza mengikut tempat dan negeri. Aku berharap pembaca atau orang yang sudah profesional dalam bidang ikan untuk membantu aku menyiapkan blog ini. Sekian dan terima kasih.

Tiada ulasan:

Catat Komen