Jumaat, 31 Januari 2014

IKAN RAJA ATAU 'PEACOCK BASS'


Ikan Raja atau ikan 'Peacock Bass' juga senang dikenali dengan panggilan manja 'PB' di kalangan kaki pancing. Ikan yang berasal dari Amerika Selatan kini telah mendominasi banyak tasik dan lombong di Malaysia. Seperti pendatang asing tanpa izin, ikan Raja kini tetah mendapat status penduduk tetap Malaysia. Banyak terdapat di lombong-lombong di perak sekitar Air Kuning, malah sudah berkembang pesat di tasik Prima Puchong. Ikan Raja ikan yang cantik secantik namanya merupakan ikan yang diburu oleh kaki casting kerana kerakusannnya menyambar umpan tiruan.

mulut ikan Raja luas

cantik dan rakus

IKAN PARI SUNGAI


Ikan pari sungai atau dikenali sebagai 'White Edge Freshwater Whip Ray' hidup didasar sungai memiliki garisan putih  pada sekeliling badanya. Seperti ikan pari laut, ikan pari sungai juga mempunyai sonak atau duri berbisa terletak diekornya yang mampu membunuh atau mencederakan manusia. pada masa dahulu, ikan pari sungai banayk mendiami di Sungai Perak dan sungai pahang. Namun, kini agak jarang kita dapat melihat spesies ini yang sudah berada diambang kepupusan.

saiz ini masih ada tetapi bukan di sungai2 malaysia

IKAN KELI KAYU

Ikan keli Kayu atau walking catfish senang di dapati dalam paya, parit, sungai maupun tasik. Hampir seakan keli bunga tetapi tiada corak batik yang jelas pada badan berwarna lebih gelap mengikut keadaan air serta lebih kurus berbanding keli bunga. Isi ikan keli kayu lebih keras dan kurang enak berbanding keli bunga. Umpan yang popular nak memancing ikan keli kayu ialah cacing dan umpan yang berbau. Ikan keli kayu mempunyai sepasang sengat yang berbisa dan menyakitkan.

IKAN TEMOLEH

Ikan temoleh yang juga dikenali sebagai ikan temalian (probarbus jullieni) merupakan ikan air tawar terbesar di Malaysia. Ciri utamanya mempunyai tujuh garisan hitam di badannya. Ikan temoleh memakan udang dan anak ikan kecil dan diet utamanya inalah buah-buahan dan daun-daun. Ikan yang sukar didapati dan hampir pupus kerana pencemaran air dan penangkapan yang tak terkawal  kerana permintaan dan harga yang tinggi ditawarkan oleh restoran makanan eksotik. Sekarang ikan temoleh masih ada di Sungai Perak dan juga sungai Pahang.
Biasanya temoleh di pancing dengan  teknik dasar  menggunakan umpan sawit dan ubi kayu peram. Penggunaan umpan sawit yang dirangkai seperti sate paling terkenal. Kebiasaannnya, pemancing akan menabur umpan sebagai rasuah terlebih dahulu.

IKAN KELI BUNGA

Ikan keli Bunga atau nama Inggerisnya walking catfish atau catfish antara ikan yang air tawar yang mudah di kenali. Ikan keli bunga mudah terdapat di kawasan paya, sungai atau tasik di Malaysia. Ikan keli bunga mempunyai corak berbatik-batik di sepanjang badan serta lebih gemuk berbanding keli kayu. Sekarang, ikan keli bunga jarang kelihatan mungkin disebabkan pencemaran atau penerokaan paya. Umpan terbaik memancing keli ialah cacing, kelkatu, cengkerik atau umpan yang berbau busuk.

IKAN PUYU / BETUK

ikan puyu atau betuk atau karuk
Ikan puyu atau ikan betuk juga di kenali Climbing Perch merupakan ikan air tawar yang sering di temui dalam paya, parit, longkang, sungai atau tasik.Ikan ini mempunyai daya tahan yang tinggi serta mampu bergerak atas darat menggunakan sirip tepi kepalanya. Ramai orang memelihara ikan puyu dalam balang lalu disimpan dalam rumah kerana boleh menjauhi sihir dan aku sendiri pun tak berapa pasti. Umpan yang sesuai nak memancing puyu seperti kelkatu, cacing, cengkerik dan juga anak kerengga. Sekarang ikan puyu juga diternak untuk industri perikanan serta mendapat permintaan yang tinggi kerana rasanya yang sedap.

IKAN BAUNG

ikan baung akar berwarna kekuningan
Mengikut maklumat kaki pancing, terdapat beberapa jenis baung yang terdapat di Malaysia. Antaranya ialah baung akar dan baung sungai. Ikan baung banyak terdapat dalam sungai dan juga tasik yang berarus.Aku tak pernah lagi jumpa ikan baung dalam sawah atau atau parit2 kecil. Rupa ikan baung ini sama sahaja tetapi yang membezakan jenis berdasarkan bentuk fizikal dan juga warna. Ramai yang berpendapat rasa baung akar lebih sedapmungkin kerana baung ini tinggal diperaiaran yang bersih. Nilai harga yang tinggi dan rasa yang sedap menjadikan ramai pemancing memburu ikan baung. Umpan yang sesuai memancing ikan baung ialah anak ikan kecil, cacing, cengkerik dan juga umpan tapa yang berbau busuk.

Nama Melayu (Malay Name)Ikan Baung
Keluarga (Family)BAGRIDAE
Nama Saintifik (Scientific Name)Mystus nemurus (Valenciennes)
Saiz Biasa (Normal Size)40 cm
Nama Lain (Other Names)Mystus Catfish

IKAN HARUAN

ikan haruan
Terdapat 30 spesies Ikan haruan atau snakehead di dunia dan 14 daripadanya terdapat di Malaysia. Ikan haruan merupakan ikan tempatan Malaysia sekeluarga dengan ikan toman dan bujuk. Ikan haruan merupakan ikan karnivor yang mampu hidup dalam air tawar dan juga air payau hutan bakau.Ikan haruan juga boleh ditemui dalam parit, anak sungai, tasik atau juga kolam. Ikan haruan boleh dipancing dengan menggunakan umpan cacing, cengkerik, kelkatu dan juga anak ikan. Ramai pemancing menjadikan ikan haruan sebagai sport fishing dengan teknik casting umpan katak hidup atau umpan palsu. Ikan haruan menjaga anak kecilnya yang berwarna oren. ikan haruan sekarang popular dalam dunia prubatan kerana mampu menyembuhkan luka pembedahan dengan cepat. Walaubagaimanapun, penangkapan yang berlebihan oleh kaki pancing menjadikan ikan ini makin sukar ditemui.

port yang baik kalau nak casting haruan